Dasar Privasi

Mommy Beauty (mommybeautyhq.com) · Kemas kini: 21 September 2026

Maklumat yang kami kumpul

Apabila anda membuat pesanan, kami menyimpan nama, nombor telefon, emel, alamat penghantaran dan butiran pesanan anda.

Tujuan penggunaan

Maklumat ini digunakan hanya untuk memproses dan menghantar pesanan, menjawab pertanyaan anda dan memberi khidmat pelanggan. Kami tidak menjual maklumat anda kepada pihak ketiga.

Pihak ketiga

Kami menggunakan penyedia perkhidmatan untuk pembayaran (CHIP / Stripe), penghantaran kurier dan pengiklanan (Meta, TikTok). Mereka menerima maklumat setakat yang perlu untuk perkhidmatan tersebut.

Padam data anda

Untuk memohon maklumat anda dipadam, hubungi kami dan nyatakan “PADAM DATA” bersama nombor pesanan anda. Permohonan akan diproses dalam tempoh 30 hari.

Hubungi kami

Sebarang pertanyaan tentang privasi boleh dihantar kepada kami melalui saluran yang tertera di mommybeautyhq.com.